Biarpun baru berusia 16 tahun tetapi bakat Najwa dalam bidang
nyanyian terserlah apabila lagunya yang berjudul Cinta Muka Buku
nyanyiannya ditonton lebih 2 juta penonton baru-baru ini.
Menurut
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat,
Johor ini dia tidak menyangka lagu yang dinyanyikannya di You Tube
mendapat sambutan di luar dugaan daripada para penonton di seluruh
dunia.
“Saya pada mulanya hanya menyanyi sambil bermain gitar lagu
Baby yang dipopularkan oleh Justin Bieber di mana saya rakam dan
siarkannya di You Tube. Ia hanya untuk suka-suka sahaja tetapi saya
tidak sangka ramai yang sukakannya.
“Klip video lagu itu ditonton
lebih 100,000 penonton. Selepas sambutan itulah saya mula mencipta
lagu-lagu sendiri termasuklah Cinta Muka Buku di mana ia telah ditonton
lebih 2 juta penonton,” katanya sewaktu ditemui semalam.
Ekoran
sambutan para peminat terhadap lagu-lagu Najwa atau nama sebenarnya
Imratul Najwa Abdul Latif, syarikat rakaman NAR Records telah melamarnya
bernaung di bawah label itu pada bulan Mac yang lalu.
Jelas Najwa
yang mula belajar bermain gitar pada usia 14 tahun, dia telah
berkolaborasi dengan kakaknya, Iqhwatul Syafika Abdul Latif, 22, dalam
menghasilkan sembilan buah lagu sejak hampir dua tahun yang lepas.
“Saya
mencipta melodi lagu, manakala kesemua lirik lagu-lagu nyanyian saya
pula ditulis oleh kakak saya itu. Saya akan terus belajar dan akan
menyanyi secara serius selepas habis belajar nanti,” jelasnya dengan
bersungguh-sungguh.
Sembilan lagu yang telah dicipta oleh Najwa
yang bakal diterbitkan oleh NAR Records itu bertajuk Carta Hati, Cinta
Muka Buku, I Love You, Kau Lupa Itu Aku, Kosong, Only Yours, Adamu,
Sahabat serta Satu.
No comments:
Post a Comment