Trend golongan artis tanah air yang masih bujang dan mengambil anak
angkat bukan perkara baru apabila pelakon drama televisyen terkenal Almy
Nadia juga berbuat demikian dengan menjadi ibu angkat kepada Nurafrina
Darwisya baru-baru ini.
Menurut Almy, ramai peminat yang tidak
tahu bahawa dia telah memelihara Nurafrina sejak baik di mana
kanak-kanak itu kini telahpun berusia tiga tahun, sekali gus menjawab
segala teka-teka berhubung kehadiran kanak-kanak perempuan comel yang
sering berada di sampingnya itu.
“Saya memang sudah lama membela
seorang anak angkat tetapi sengaja tidak mahu mengheboh-hebohkannya
kepada umum. Saya mengambil Nurafrina sejak usianya masih bayi dan kini
saya sedang menguruskan surat beranaknya di JPN (Jabatan Pendaftaran
Negara).
“Sejak ada anak angkat ini, hati saya selalu tenang. Saya
berharap agar tahun 2012 ini rezeki saya akan lebih murah terutamanya
dengan kehadiran Nurafrina dalam hidup saya. Semoga dengan kenyataan ini
ia akan menutup gosip yang akan timbul berhubung perkara tersebut,”
ujarnya.
No comments:
Post a Comment