Wednesday, September 12, 2012

SHARIFAH SHAHORA SAMBUT BAYI KEDUA

Diam tak diam, pelakon wanita negara malaysia, Sharifah Shahora atau lebih mesra dipanggil Shora telah pun menerima bayi kedua dalam keluarganya.
Yang menjadi tanda tanya, bila pula Shora mengandung?
Hakikatnya, Shora masih lagi belum hamil.
Dia dan suaminya, Raja Mukhriz baru sahaja mengambil anak angkat kedua dalam kehidupan mereka.
Sebelum ini, Shora telah pun mengambil seorang angkat, Puteri Fiedra, 4, memandangkan dia dan Mukhriz masih belum dikurniakan anak.
Jadi, apabila seorang kenalan yang memberitahu adanya seseorang yang ingin memberikan bayi, Shora bersetuju untuk mengambil bayi itu.
“Nama bayi ini adalah Puteri Fiezreen. Dia anak angkat kami kedua. Kami baru saja menerimanya daripada pasangan yang datang dari keluarga yang susah.
“Kami tidak mengenali keluarga yang berikan anak itu. Kami kenal mereka menerusi kenalan saya yang juga seorang jururawat,” kata Shora yang dipetik dari portal Murai.com.
Tambah Shora, anak sulungnya terlalu inginkan adik baru.
Memikirkan dia tidak mempunyai masalah untuk mengambil anak angkat lagi, Shora tidak melihat mengambil anak angkat lagi sebagai satu masalah yang besar.
“Sementara menunggu saya mengandung anak sendiri, apa salahnya saya menjaga anak ini seperti anak saya. Lagi pun, anak sulung saya sudah besar dan sangat menginginkan adik.
“Sepatutnya, saya mula menjaga bayi ini pada 19 September depan, tetapi saya gembira dia hadir dalam keluarga saya awal. Bayi ini baru saja berusia 5 hari dan kulitnya masih merah lagi,” katanya.
Semoga kehadiran bayi baru dalam keluarga Shora dan Mukhriz mampu memberikan kebahagian kepada mereka.
Doa juga penulis titipkan buat Shora semoga dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk mendapat zuriat sendiri satu hari nanti. Amin.

No comments:

Post a Comment