Thursday, September 27, 2012

Biodata Aaron Aziz

Profile atau Biodata Aaron Aziz

Nama Panggilan: Aaron Aziz

Nama Sebenar: Aaron Mustapha Aziz

Tarikh Lahir : 23 Februari 19776

Tempat Lahir : Pasir Ris, Singapura

Status : Berkahwin

Nama Istri: Diyana

Pendidikan: Diploma Komunikasi Massa

Kerjaya: Pelakon Filem, Drama Dan Iklan

Wednesday, September 12, 2012

NABIL DITARIK JADI AHLI KEKAL BOBOI

KUALA LUMPUR – Orang ramai biasa melihat kumpulan pelawak, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sahaja selepas kemunculan mereka dalam Maharaja Lawak Mega (MLM).
Memikirkan mahu kelainan dalam kumpulan mereka, Afdlin dan Harun sepakat menarik Nabil Ahmad sebagai ahli kumpulan mereka yang ketiga.
Menurut laporan dari Malaysian Digest, Afdlin berkata, Nabil ditawarkan untuk menyertai pertandingan MLM untuk musim yang kedua.
Namun, Nabil masih lagi dalam peringkat berfikir sama ada untuk turut serta atau tidak.
“Sebelum ni pun Nabil pernah beberapa kali berkerjasama dengan saya menerusi filem. Dan saya dapat rasakan yang kami nada keserasian. Saya ada bertanyakan padanya, sama ada dia nak sahut cabaran MLM2 atau tidak.
“Dia beritahu yang dia masih sedang berfikir lagi. Dia ada suarakan pada saya yang dia masih takut nak buat secara solo. Sebab lagipun cabaran nak cari idea tu mungkin lagi besar,” kata Afdlin.
Lantaran memikirkan perasaan risau yang timbul dalam diri Nabil, Afdlin dan Harun terus mengajak Nabil menjadi ahli Boboi sebagai Boboi Nge atau Boboi Telinga.
Jadi, Boboi bakal tampil dengan kelainan berikutan pembawakan watak mereka bertiga mewakili rasa peminat yang berbeza umur.
“Jadi saya tawarkan dia sertai Boboi. Dan dia pun ok. Satu yang saya nampak bila kami bertiga bergabung, golongan peminat tu lagi meluas. Kalau abang Harun pengikutnya tertumpu pada golongan lebih berusia. Kalau saya semi-berusia.
“Nabil pula golongan muda remaja. Mungkin dalam persembahan-persembahan kami nanti pengisiannya lagi seimbang iaitu merangkumi dari tontonan remaja hingga penonton berusia.
“Kalau saya Boboyot, Harun Boboi we. Nabil pulak Boboi nge (sebab telinga Nabil yang capang). Jadi gabungan ni juga boleh di kira kombinasi pelawak tiga generasi,” katanya

SHARIFAH SHAHORA SAMBUT BAYI KEDUA

Diam tak diam, pelakon wanita negara malaysia, Sharifah Shahora atau lebih mesra dipanggil Shora telah pun menerima bayi kedua dalam keluarganya.
Yang menjadi tanda tanya, bila pula Shora mengandung?
Hakikatnya, Shora masih lagi belum hamil.
Dia dan suaminya, Raja Mukhriz baru sahaja mengambil anak angkat kedua dalam kehidupan mereka.
Sebelum ini, Shora telah pun mengambil seorang angkat, Puteri Fiedra, 4, memandangkan dia dan Mukhriz masih belum dikurniakan anak.
Jadi, apabila seorang kenalan yang memberitahu adanya seseorang yang ingin memberikan bayi, Shora bersetuju untuk mengambil bayi itu.
“Nama bayi ini adalah Puteri Fiezreen. Dia anak angkat kami kedua. Kami baru saja menerimanya daripada pasangan yang datang dari keluarga yang susah.
“Kami tidak mengenali keluarga yang berikan anak itu. Kami kenal mereka menerusi kenalan saya yang juga seorang jururawat,” kata Shora yang dipetik dari portal Murai.com.
Tambah Shora, anak sulungnya terlalu inginkan adik baru.
Memikirkan dia tidak mempunyai masalah untuk mengambil anak angkat lagi, Shora tidak melihat mengambil anak angkat lagi sebagai satu masalah yang besar.
“Sementara menunggu saya mengandung anak sendiri, apa salahnya saya menjaga anak ini seperti anak saya. Lagi pun, anak sulung saya sudah besar dan sangat menginginkan adik.
“Sepatutnya, saya mula menjaga bayi ini pada 19 September depan, tetapi saya gembira dia hadir dalam keluarga saya awal. Bayi ini baru saja berusia 5 hari dan kulitnya masih merah lagi,” katanya.
Semoga kehadiran bayi baru dalam keluarga Shora dan Mukhriz mampu memberikan kebahagian kepada mereka.
Doa juga penulis titipkan buat Shora semoga dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk mendapat zuriat sendiri satu hari nanti. Amin.